Setelah mengalami penderitaan penyakit kanser darah pada tahun 2001, Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang tidak asing lagi di tanah air ini, bertekad untuk menjadi pelopor Kesejahteraan dengan menggunakan cara perubatan yang mudah. Beliau mengambil iktibar daripada penderitaan yang beliau lalui dengan memperkenalkan Terapi Air Penyembuh Aura atau lebih dikenali dengan Rx-Water®.


Kejayaan Rx-Water® yang menakjubkan telah memberi Dr. Noordin semangat untuk mengkaji kuasa sains perubatan air dan bagaimana ia boleh membantu manusia menangani masalah penyakit-penyakit kronik.

Kita semua tahu bahawa air adalah ibu segala ubat. Tubuh badan kita mempunyai Sistem-Penyembuhan-Semulajadi atau Self-Healing-System (SHS) dalam bahasa Inggeris. SHS kita merangkumi pertuturan, pemikiran, dan tingkah laku kita sendiri yang sebenarnya adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum, makanan yang kita makan, persekitaran dan gaya hidup yang kita lalui. Semua penyakit datangnya daripada rohani dan fizikal. Oleh itu rawatan hendaklah merangkumi Minda, Fizikal dan Rohani. Singgahsana kesejahteraan adalah terletak dalam hati kita. Penyembuhan berlaku apabila hati kita bersih dan suci. Atas sebab-sebab inilah Dr. Noordin memperkenalkan Terapi MiFiRo (Minda, Fizikal, Rohani).

Dengan menggunakan prinsip MiFiRo, Teknologi Penyembuh Aura Rx-Water®, nutrien dan khasiat kesejahteraan yang dipindahkan melalui informasi, maka lahirlah Rx17™! Rx17™ mempunyai 7 Remedi Fizikal, 17 Khasiat Kesejahteraan dan 179 Informasi Nutrien. Rx17™ adalah penemuan yang terbaik selepas Rx-Water®. Bagi Dr. Noordin semua penyakit ada ubatnya.

Dr. Noordin sedar bahawa kebanyakan kaedah penyembuhan menggunakan sama ada Tahap Beta atau Tahap Kesedaran, iaitu apa yang kita sedar dan nampak. Ada segelintir yang menggunakan Tahap Alpha / Theta atau Tahap Separuh Sedar. Tetapi, apa yang sering dilupakan ialah Tahap Delta atau Tahap Tak Sedar dan Tak Nampak langsung. Dr. Noordin telah menggabungkan ketiga-tiga tahap ini untuk menghasilkan satu minuman yang lengkap yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Penemuan yang hebat ini merangkumi 7 tahap penyembuhan :

  • Kesedaran (disedari)
  • Kesedaran (tidak disedari)
  • Separuh sedar tahap Alfa
  • Separuh sedar tahap Theta
  • Tidak sedar tahap Delta
  • Keajaiban (melampaui tahap pemahaman manusia)
  • Tahap Ketuhanan. Yang Maha Agung

Sistem Penyembuhan Semulajadi

Seperti yang telah diperjelaskan tadi, badan kita mempunyai sistem penyembuhan tersendiri atau semulajadi. Malangnya, sistem ini tidak diberi peluang untuk berfungsi dengan berkesan dan sepenuhnya.

Kehidupan seharian kita adalah sentiasa berdasarkan pemindahan dan penyesuaian informasi. Seperti juga makanan yang kita makan, informasi perlu dihadam, diubah dan dikeluarkan. Jika proses pemindahan informasi ini diganggu atau dicemar, akibatnya adalah penyakit. Sebab itulah salah satu punca penyakit adalah stres. Orang yang pemikirannya sentiasa diganggu tidak mungkin boleh hidup sihat. Seperti kata pepatah, kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu adalah penting untuk kita tahu apa yang kita masukkan ke dalam tubuh badan kita.

Daripada gambar di atas, kita dapat lihat bahawa tahap Kesedaran boleh ditukar kepada Informasi dan sebaliknya. Informasi kemudiannya boleh ditukar kepada Tenaga dan akhir sekali kepada Benda. Proses ini boleh diterbalikkan, bermakna Benda boleh ditukar menjadi Tenaga dan seterusnya. Prinsip yang hendak diketengahkan ialah bahawa kesemua ini harus bekerja dengan harmoni supaya Sistem-Penyembuhan-Semulajadi (SHS) kita boleh berfungsi dengan berkesan.

Rx17™ dicipta untuk berfungsi pada tahap informasi yang, seperti yang telah diperjelaskan di atas, boleh memberi impak kepada tahap tenaga, biokimia dan struktur tubuh kita. Rx17™ membantu dalam "Keseimbangan informasi" kepada Sistem-Penyembuhan-Semulajadi kita sekaligus memberi kesihatan optimum.

Setiap yang sempurna itu adalah gabungan bahagian-bahagian kecil. Badan kita yang sempurna adalah gabungan semua komponen yang menjadikan kita lengkap termasuklah komponen informasi yang diserapkan. Umpamanya, KITA adalah bukan sahaja gabungan tenaga fisiologi, biokimia dan fizikal tetapi juga gabungan fikiran dan emosi, sejarah hidup, pengalaman, genetik, persekitaran, gaya hidup dan aura di sekeliling kita.

Rx17™ merangkumi kesemua elemen ini dan ia akan berfungsi dengan baik jika kita bersedia untuk menyembuhkan diri kita sendiri. Inilah yang dinamakan Sistem-Penyembuhan-Semulajadi.

Rx17™ adalah lebih daripada hanya radionik, elektronik atau satu program berdasarkan resonan dan ia juga bukan sekadar air mineral yang bertenaga seperti yang terdapat di pasaran sekarang. Kelebihan Rx17™ ialah ia menggunakan informasi dalam pelbagai cara termasuk kata-kata, isyarat, kawalan minda, dan emosi walaupun elemen-elemen ini lazimnya tidak diiktiraf dan diketepikan sahaja.

Berdasarkan prinsip-prinsip terkini dalam sains perubatan air, Rx17™ menembusi aliran tenaga dan informasi yang boleh memberi keseimbangan Minda, Fizikal dan Rohani. Perubatan MiFiRo ini boleh menangani stres yang selama ini tidak mempunyai jawapan atau penjelasan mengenainya seperti gangguan mental dan emosi.

Dan buat pertama kalinya dalam sejarah, Rx17™ menyatukan 17 bahan semulajadi dalam air minuman. Rx17™ boleh dianggap sebagai tonik kesihatan untuk hidup sihat sejahtera sepanjang hayat.


Bagaimana Ia Berfungsi

Rx17™ menggunakan Teknologi Penyembuhan Beraura Rx-Water®, Perubatan Tenaga dan Perubatan Informasi dengan berasaskan 7 remedi fizikal, 17 khasiat kesejahteraan dan 179 informasi nutrient. Apabila digabungkan, ketiga-tiga ini akan bertindak ke atas Sistem-Penyembuhan-Semulajadi kita.

Rx17™ mempunyai tiga elemen yang ketara iaitu elemen tenaga, elemen informasi dan elemen rohani.

  1. Elemen Tenaga (Tubuh Badan)
    7 Remedi Fizikal yang terkandung dalam elemen ini ialah ::
    1. Terapi Aura Bio-Fotonik

      Fungsi bio-photons ialah untuk mempertingkatkan perjalanan darah dan metabolisma, dan juga kekuatan mental dan fizikal seseorang itu.
    2. Mineral dan unsur surihan yang terpilih
      Semua aktiviti fisiologi hanya akan berfungsi dengan kewujudan mineral. Semua vitamin, enzim, hormon dan metabolisma juga memerlukan mineral dan unsur surihan.
    3. Terapi Rx-Water®
      Sejak terciptanya Rx-Water®, ribuan orang telah mendapat manfaat Terapi Air Penawar Beraura. Rx17™ adalah Rx-Water® yang telah dipertingkatkan.
    4. Rx-Magnetization
      Air yang telah dimagnetkan telah terbukti mempunyai tenaga dan unsur penawar yang tinggi dan menakjubkan.
    5. Rx-Clay (Tanah Liat )
      Tanah liat telah terbukti sebagai bahan anti-toksin dan anti-keracunan yang baik.
    6. Hasrat Murni Kesejahteraan
      Rx17™ mempunyai 17 Hasrat Murni Kesejahteraan yang telah diterima pakai oleh manusia sejagat.
    7. Terapi Chakra
      Terapi kuno yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan kita, seperti aura warna yang dapat membangkitkan perasaan positif dan sebagainya.
  2. Elemen Informasi ( Minda )
    Rx17™ mempunyai 179 informasi nutrien yang dipetik daripada 7 kumpulan Perubatan MiFiRo, iaitu:
    • Suplemen daripada herba, vitamin dan mineral, asid amino, enzim dan hormon, anti-oksida, sayur-sayuran dan garam schuessler.
    • Terapi warna, air dan kristal.
    • Esen bunga dan madu.
    • Anti-toksin dan detox daripada logam berat.
    • Homeopati.
    • Remedi semulajadi.
    • 7 Prinsip Sihat Sepanjang Hayat, iaitu satu-satunya ilmu bagi menangani stress dan perasaan negatif.

      Amongst the 179 Health Informational Ingredients from the above groups are :
      Rx-Water®
      Co-Enzyme Q10
      Kesihatan dan Tenaga
      Teh Hijau Selenium
      Ketenangan Minda
      Spirulina Geranium
      Bersyukur
      Gandum Warna Unggu
      Tujuan Hidup
      Garam Buluh Warna Oren
       
      Red Beet
      Warna Biru
       
      Lingzhi Warna Hijau
       
      Buah Zaitun
      Amethyst
       
      Rosehip
      Sarang Burung
       
      Bunga Ros Liar Madu
       
      Vitamin A
      Anti-Toksin  
      Vitamins B1-12
      Logam Berat yang telah di detox  


      3. Elemen Rohaniah
      Semua penyakit datangnya daripada rohani kita dan daripada kehendak Tuhan dan tingkahlaku kita sendiri. Dengan kehendakNya jugalah datangnya ilham untuk mencipta air ini. Oleh itu untuk merasakan keberkesanan air ini, kita mestilah berada dalam keadaan yang tenang dan bersih dari segi rohani, jasmani dan juga persekitaran.

      Di antara hasrat-hasrat dan ilham yang telah dipindahkan ke dalam air ini adalah :
      • Aku Sihat Walafiat
      • Aku Ceria dan Bertenaga
      • Aku Pengasih dan Penyayang
      • Aku Bersyukur
      • Aku Tenang
      • Aku Pemaaf
      • Aku Penyabar
      • Aku Berani
      • Aku Ikhlas
      • Aku Bertanggungjawab
      • Aku Berdisiplin
      • Aku Rajin dan Bijaksana
      • Aku Beristiqamah


      Perubatan MiFiRo yang dipelopori oleh Dr. Noordin adalah yang terkini di dalam Perubatan Komplimentari (Complementary Healing) kepada terapi Tenaga dan Biologi. Bezanya adalah terapi yang lazim digunakan itu sangat terhad oleh masa, ruang dan mass. Tanpa fokus, perubatan seperti ini akan pudar oleh masa atau keberkesanannya. Disebaliknya, dengan elemen informasi, penyembuhan yang ingin disampaikan adalah lebih spesifik, fokus dan tidak ditelan waktu. Doa adalah salah satu contoh elemen informasi yang terbaik. Walau bagaimanapun, doa itu sangat bergantung kepada emosi seseorang itu. Adalah agak mustahil seseorang itu boleh mengawal emosinya senantiasa. Oleh itu apa yang didoakannya itu tidak selalu dapat menepati kehendaknya. Rx17™ dapat mengatasi masalah ini dengan penghijrahan informasi melalui teknologi yang sangat fokus, tepat dan boleh diulangi.

      Kesimpulannya, apa yang anda nampak dalam Rx17™ (iaitu botol, air, warna, rekabentuk, ayat) semuanya adalah sebahagian sahaja daripada bahan sebenarnya iaitu cuma elemen fizikal sahaja. Apa yang lebih penting adalah apa yang anda tidak nampak iaitu elemen informasi dan rohaniah. Inilah keistimewaan Rx17™. Apabila semua fikiran kita, elemen-elemen fizikal dan rohani seimbang, maka Sistem-Penyembuhan-Semulajadi (SHS) kita akan dihidupkan secara otomatik. Ia adalah pemberian Tuhan dan hendaklah diberi peluang untuk berfungsi sepatutnya. Kita semua berhak untuk menikmati Kesejahteraan, Kegembiraan dan Keharmonian.


EVOLUSI TERAPI BERKAITAN DENGAN PENYAKIT

Berikut adalah rajah yang menunjukkan evolusi terapi yang digunakan untuk menghindar atau memulihkan penyakit di era yang berbeza. Perhatikan perbezaan punca setiap penyakit selari dengan peredaran zaman.

 

 


TERAPI AIR

Air sememangnya telah hadir dalam hidup manusia dari dahulu lagi. Bumi pun bermula dengan dikelilingi oleh air. Tidak syak lagi bahawa air memainkan peranan yang penting bukan sahaja di dalam hidup manusia tetapi juga dalam penyembuhan penyakit.

Di bawah adalah contoh perkembangan sains penyembuhan air dari abad ke-19 hingga 21.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Rx17™ dan Aura

Seperti juga Rx-Water®, Rx17™ berupaya meningkatkan aura seseorang itu kepada yang lebih positif. Bagi anda yang tidak pernah dengar tentang Aura, Aura itu adalah medan tenaga yang boleh dikesan disekitar tubuh badan kita iaitu di kepala dan badan. Aura seseorang itu berubah-ubah mengikut keadaan emosi dan pemikirannya.

Gambar rajah di bawah membuktikan bagaimana Rx17™ boleh membangkitkan Aura seseorang itu.

 

Before Rx17 After 1 Bottle Rx 17
Sebelum Rx17™ Selepas 1 Botol Rx17™

 

Gambar A : adalah eksperimen yang dibuat keatas diri Dr. Noordin sendiri. Ambil perhatian bahawa Dr. Noordin adalah pengamal terapi Rx-Water® yang setia. Oleh itu, gambar Auranya memang menunjukkan kesan-kesan positif seperti elemen-elemen kedamaian, kejiwaan, spiritual, kasih sayang dan sebagainya.

Gambar B : Setelah meminum Rx17™, aura beliau lebih menyerlah dengan kebangkitan tenaga yang menunjukkan elemen-elemen intelek, keceriaan, pemaaf yang sejati, penyembuh dan pengajar yang jujur.

Melihat dan mengetahui aura sendiri boleh membuat seseorang itu memperbaharui dirinya dan menggunakan potensi yang ada dalam dirinya.

Kebaikan of Rx17™

Rx-17™ boleh membantu dalam penyakit-penyakit seperti ::

Barah/Kanser
Stress
Lelah Lemah Tenaga Batin
Alahan Senggugut
Darah Tinggi Kegemukan/Obesiti
Kencing Manis Strok
Gastrik Ketagihan Dadah
SLE Keguguran Rambut
Penyakit Buah Pinggang Jerawat
Migrain Resdong/Sinus
Sakit Belakang Kelesuan Fibroid dan lain-lain lagi
Sakit Sendi Gout
Sawan Lumpuh
Masalah Mental  
   

Rx17™ membantu secara semulajadi dan mempunyai 5 tahun trek rekod daripada ibunya, Rx-Water7. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan dan tidak bercanggah dengan terapi sedia ada. Ia juga mudah diminum, murah dan boleh dibawa ke mana-mana.


Testimoni

Pak Gunawan. Jakarta, 54 years
Pak GunawanSetelah terjatuh semasa bersenam, bahu kanan saya mengalami kecederaan sehingga saya tidak boleh angkat tangan. Bermacam-macam terapi telah saya cuba tetapi ia masih tidak pulih, sehinggakan doktor mengesyorkan pembedahan. Mujurlah saya berjumpa Dr. Noordin dan beliau mengubati saya melalui Rx17™. Alhamdulillah, bahu saya sudah tidak sakit lagi dan tidak perlu dibedah.

Norizan Shamsuddin, 46 years
Saya sentiasa mengalami keletihan selain senggugut yang teruk akibat fibroid. Setelah menjalani terapi Rx17, badan saya berasa segar dan cergas, sengal-sengal dibadan pun hilang.

Carrian See, 35 years
Saya selalu diserang penyakit migrain yang amat teruk sehinggakan kadang-kadang terpaksa mengambil cuti sakit. Apabila saya mengamalkan terapi Rx17™, migrain saya hilang begitu saja sehinggakan kadang-kadang saya sendiri terlupa yang saya pernah mengalami penyakit ini.


Cara Penggunaan Rx17™

  • Disyorkan minum sekurang-kurangnya 5 botol Rx17™ sehari.
  • Digalakkan mengambil Rx17™ sebelum makan.
  • Jangan sesekali memasak Rx17™.
  • Simpan di tempat kering. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu-ibu mengandung.

Apa-apa bentuk krisis pemulihan semasa terapi Rx17™ adalah sementara sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor sekiranya krisis pemulihan berlanjutan lebih daripada 48 jam.

 Perhatian

Rx17™ bukanlah sejenis ubat. Kami tidak mengesyorkan anda menggantikan perkhidmatan profesional doktor perubatan dengan terapi ini. Sila dapatkan nasihat doktor anda dahulu bagi mereka yang di bawah pengawasan doktor.

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua kesan atau tindakbalas dari penggunaan Rx17™. Kami tidak menjamin bahawa Rx17™ akan memberi kesan yang sama kepada semua orang dan tiada jaminan penyembuhan.